Tinggal beberapa bulan saja lagi aku di IPGKPI. Setelah sekian lama aku bertarung di medan ini akhirnya segenggam Ijazah yang diimpikan bakal dikecapi. Diharapkan dengan ada nya segulung Ijazah ini akan menjadikan aku lebih tunduk ke bumi dan sentiasa beramal dengan apa yang aku pelajari di IPG ini. Banyak pengalaman manis dan pahit yang dilalui sepanjang aku di sini. Walau bagaimanapun perjuangan perlu diteruskan. Impian aku untuk menyambung pelajaran ke peringkat PHD perlu diteruskan. Aku ingin sampai ke puncak yang tertinggi dalam hidup aku. Semoga Allah merahmati aku sepanjang perjuangan aku ini serta berkati segala ilmu yang aku pelajari. Aku juga memohon Allah agar memelihara aku sekiranya aku berada di atas agar tidak menjadi sebagaimana orang yang sebaliknya.